Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum Asslamualaikum W.B.T.

Selamat Datang ke Blog Sasis

Rabu, 8 Jun 2011

sejarah sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) atau dahulunya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak (SMKAP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1984 yang juga merupakan SMKA yang pertama di negeri Perak ini.

Pengambilan pelajar perintisnya dibuat pada 16 Januari 1984, iaitu seramai 106 orang pelajar terpilih dari seluruh Perak ditempatkan di Tingkatan Satu. Pada ketika itu, sekolah ini masih tidak mempunyai bangunannya sendiri dan hanya menumpang di bangunan Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Hanya terdapat dua blok asrama kepunyaan Sek. Men Gunung Rapat yang dipinjamkan secara penuh untuk penginapan pelajar SMKAP.
Pada tanggal 18 Disember 1987 ia dipindahkan ke bangunan baru di Seri Iskandar, Bota, Perak. Bilangan tenaga pengajar pada ketika itu adalah seramai 32 orang. Sekolah ini telah dirasmikan pada 16 Jun 1988 oleh DYMM Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah. Bersempena dengan perasmian itu, nama sekolah daripada SMKA Perak telah ditukar kepada SMKA Sultan Azlan Shah bersempena dengan nama baginda.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah melalui banyak pengalaman yang manis dan membanggakan sepanjang 25 tahun usinya. Pencapaian cemerlang di bidang kurikulum dan juga kokurikulum menjadikannya unggul di persada pendidikan negara.
Buktinya, pada tanggal 15 Mei 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS) telah dianugerahkan penarafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Akademik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penarafan ini amat membanggakan kerana usaha jitu yang berterusan oleh semua pihak telah membuahkan hasil.
Tiga hari kemudian, hari bersejarah sekolah sekali lagi menjelma di mana bertarikh 18 Mei 2009 bersamaan 23 Jamadil Awwal 1430H D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah dan D.Y.M.M Raja Permaisuri Perak telah berkenan hadir ke Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak Dan Hari Anugerah Kecemerlangan SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar Sempena 25 Tahun pemerintahan baginda dan juga 25 tahun usia SMKASAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan